LOADING

Masalah Enjin
Best Review Based on Most Mentioned Phrase / Active User
Masalah Enjin - Masalah Minyak Enjin Bercampur Air
Masalah Minyak Enjin Bercampur Air
3 times mentioned • Bob Chen • 22 September 2016

Masalah Minyak Enjin Bercampur Air

TUKAR ENJIN 2ND NAZA RIA Bila anda menghadapi masalah enjin masuk air, menukar enjin 2nd bukanlah penyelesaian yang bijak, kerana enjin 2nd yang anda beli dari halfcut belum tentu elok, silap bulan enjin Naza Ria 2nd di halfcut lebih teruk dari enjin Naza Ria anda. Enjin Naza Ria ini mengalami masalah minyak enjin bercampur air, pemiliknya telah menukar enjin 2nd sebanyak 2 kali, namun masalah sama tetap belaku.

InshaAllah kami akan membaikpulih semula enjin ini.
Masalah Enjin - Naza Ria Cylinder Lining Problem
Naza Ria Cylinder Lining Problem
3 times mentioned • Bob Chen • 22 September 2016

Naza Ria Cylinder Lining Problem

NAZA RIA CYLINDER LINING PROBLEM Naza Ria masuk bengkel pada 14 Mei 2009. 28 Mei 2009 dijangka siap. Tipikal masalah enjin Ria. Cylinder lining longgar menyebabkan air radiator masuk dalam enjin bercampur dengan minyak hitam. Jadi teh tarik.

Mekanik kata mungkin overheating atau tear and wear. Mileage dah 171,000 km bagi tempoh 4 1/2 tahun. Tak banyak kereta yang guna lining dalam cylinder. Agaknya ni design defect. Enjin land rover pun ada cylinder lining tapi lebih tahan. Mungkin teknologi Korea tak sehebat teknologi Europe atau Jepun. Kosnya, waduh...boleh pergi umrah sekali lagi.
Masalah Enjin - Naza Ria Tukar Toyota Engine
Naza Ria Tukar Toyota Engine
3 times mentioned • Kingsley Chin • 06 September 2016

Naza Ria Tukar Toyota Engine

NAZA ria tukar toyota engine, ok tak?? Sembang ngan sorang mekanik ari tuh.

Dia tak galakkan sangat tuko enjin nih sebab walaupun dah tukar enjin mounting lain, masalah enjin mounting akan terjadi berulang-ulang kali sampai owner rasa nak tukar balik pada enjin yang asal. Tapi kalau dah enjin asal dah teruk benar, dah banyak kali overhaul......?
Lastest Business