LOADING

Dinding Bilik Air
Best Review Based on Most Mentioned Phrase / Active User
Dinding Bilik Air - Amat Berpuas Hati Dengan Hasil
Amat Berpuas Hati Dengan Hasil
3 times mentioned • Kei Kei • 06 February 2018

Amat Berpuas Hati Dengan Hasil

Projek berjaya disiapkan pada keesokkan harinya, walaupun mungkin hasilnya tidak sehebat tukang memasang jubin, namun begitu, untuk percubaan pertama, aku amat berpuas hati dengan hasil projek D.I.Y kali ini. Pengalaman ini amat berguna untuk beberapa perancangan projek lain yang akan dilakukan pada musim cuti yang lain pula.Susulan dari kejayaan memasang jubin pada dinding bilik air, aku mengambil keputusan untuk memasang jubin untuk lantai pada tandas pula.

Pergi semula ke kedai untuk mencari jubin yang sesuai digunakan untuk lantai projek.
Dinding Bilik Air - Digunakan Dalam Proses
Digunakan Dalam Proses
6 times mentioned • Kei Kei • 06 February 2018

Digunakan Dalam Proses

Ini merupakan pertama kali aku cuba memasang jubin dan kebetulan tiada sesiapa yang boleh menunjukkan cara-cara bagaimana ianya patut dipasang, hanya penerangan ringkas daripada abang aku yang menjadi sumber panduan untuk projek D.I.Y kali ini. Perkara pertama yang aku lakukan adalah mengetuk dinding bilik air agar permukaannya menjadi kasar untuk memudahkan proses pemasangan jubin, kemudian campuran simen biasa dan simen gam dibancuh dengan air untuk digunakan dalam proses pemasangan jubin dinding ini.
Dinding Bilik Air - Pemasangan Jubin Dinding
Pemasangan Jubin Dinding
5 times mentioned • Kei Kei • 06 February 2018

Pemasangan Jubin Dinding

Projek pemasangan jubin dinding bilik air bermua pada hari Sabtu lepas, seawal pagi sabtu selepas bersarapan dengan mak dan isteriku, aku pun pergi ke kedai jubin berdekatan, setelah memilih jubin yang sesuai, aku pun menelefon abang aku untuk bertanyakan berapa jumlah jubin yang perlu aku beli. Setelah berbincang selanjutnya, aku pun membeli barang-barang yang diperlukan.

Antaranya: -220 keping jubin dinding -2 beg simen gam -2 beg simen biasa -timbang air -alat penyapu simen -besi penukul
Dinding Bilik Air - Dinding Bilik Air
Dinding Bilik Air
5 times mentioned • Kei Kei • 06 February 2018

Dinding Bilik Air

Memasang jubin dinding.apa khabar pagi ni? Semoga sihat sejahtera hendaknya, pagi ini begitu nyaman di sini, hujan turun membasahi bumi, sudah hampir 2 minggu tidak tingga di rumah sendiri.

Memang perasaan berlainan apabila berada di rumah sendiri (walaupun hanya rumah yang disewa). Sebelum ini aku berada di rumah emak untuk bercuti dan meluangkan masa di sana. Kali ini berkesempatan untuk bercuti agak lama di rumah, aku mengambi keputusan untuk memasang jubin pada dinding bilik air rumah mak.
Lastest Business