LOADING

Top 10 Most Related Posts
Best Review Based on Most Mentioned Phrase / Active User
Salah Satu Tempat Percutian - Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Ali Hamdan • 18 January 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Bagi korang yang gemarkan perkemahan mewah alaf baru, Canopy Tribes di Kota Tinggi Johor ini merupakan pilihan terbaik sebagai salah satu tempat percutian menarik di Malaysia. Kalau di eropah, aktiviti ini dipanggil Glamping, iaitu tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna tapi dengan cara mewah.

Semua peralatan dan perkakasan disediakan, tidak perlu lagi membawa sleeping bag atau peralatan memasak untuk berkhemah. Banyak aktiviti yang anda boleh dilakukan di sini antaranya adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti.
Salah Satu Tempat Percutian - Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Jayden Lee • 18 January 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Sesuai untuk acara termasuk majlis perkahwinan, pesta, perjumpaan dan retret korporat, bangunan utama Casa Titik menawarkan sepuluh bilik tidur tamu dan dewan serbaguna. Terdapat juga aktiviti menunggang kuda, berjalan santai di pantai atau menjamu selera di gerai makanan berdekatan menjadikan Casa Titik salah satu tempat percutian menarik di malaysia yang perlu dilawati.

Kawasan yang luas dengan dua kolam renang dan jakuzi.
Salah Satu Tempat Percutian
Salah Satu Tempat Percutian
3 times mentioned • Ali Hamdan • 18 January 2018

Salah Satu Tempat Percutian

EAGLE RANCH RESORT, NEGERI SEMBILAN. Saya telah tinggal di Port Dickson hampir dua tahun dan bagi saya Port Dickson memang salah satu tempat percutian yang amat menarik di Malaysia.

Tapi, tahukah korang terdapat resort yang bertemakan Cowboy di Port Dickson ini. Eagle Ranch antara destinasi pelancongan yang menawarkan penginapan dan aktiviti ala-ala cowboy dan ianya amat sesuai dengan iklim Malaysia yang panas.
Banyak Aktiviti Yang Boleh Dilakukan - Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Jayden Lee • 18 January 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Terletak di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tempat kediaman nelayan Bajau. Satu ciri unik yang terdapat pada seni bina kaum Bajau ini adalah mereka akan membina rumah mereka mengunakan bumbung pelepah.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya adalah “Scuba Diving” yang bertaraf dunia. Selain di Terengganu, di Pulau Mabul juga terdapat penyu malahan terdapat juga banyak spesis ikan yang Eksotik dan batu karang yang cantik dan merupakan tempat percutian menarik di Malaysia yang amat cantik dan menenangkan.
Banyak Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
Banyak Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
3 times mentioned • Ali Hamdan • 18 January 2018

Banyak Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Belum Eco Resort adalah satu-satunya resort hutan hujan di tengah-tengah alam dengan udara lalu lintas sifar dan pencemaran bunyi. Terletak di Gerik dan meliputi 15,200 hektar, Belum Lake adalah tasik buatan manusia terbesar di Perak.

Keindahan yang tenang di sekitar tasik ini dilengkapi dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Jenis penginapan yang disediakan di sini terbahagi kepada Chalet, Dorm, dan Boat House. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuk lawatan ke perkampungan orang asli, melihat bunga Rafflesia di Pulau Besar.
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia - Pool Sambil Menikmati Pemandangan Hutan
Pool Sambil Menikmati Pemandangan Hutan
3 times mentioned • Abu Bakar • 26 September 2018

Pool Sambil Menikmati Pemandangan Hutan

Tempat Percutian Menarik di Malaysia. Casabrina Villa, Pahang. Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu.

Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan. Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Ahmad Hafiz • 26 September 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik di Malaysia. Mutiara Resort Taman Negara, Pahang.

Ketika disini nanti, ambil kesempatan untuk belajar sedikit tentang budaya Orang Asli dengan melawat perkampungan mereka yang berhampiran. Kebanyakan Chalet disini diperbuat oleh Kayu dan setiap Chalet dilengkapkan dengan Tandas peribadi, Air Panas dan pengering rambut. Ada Chalet yang datang skali dengan ruang tamu dan dapur.
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Abu Bakar • 26 September 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik di Malaysia. Idaman House ini terletak di Tanarimba Janda Baik, hanya 35 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Untuk Pencinta Alam Semulajadi, Janda baik mempunyai spektrum spesis tumbuhan dan hidupan liar yang luas.

Di sini anda dapat rumah persendirian 5 bilik yang boleh memuatkan 10 orang tetamu. Dari balkoni bilik anda akan melihat pemandangan hutan hujan tertua di Malaysia. Sesuai untuk Weekend Getaway bersama keluarga atau rakan-rakan.
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Abu Bakar • 26 September 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik di Malaysia. Malihom, Pulau Pinang.

Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang dan masih mencari resort untuk tinggal semasa anda disana, Malihom Retreat mungkin apa yang anda carikan. Malihom Retreat pulau pinang ini letaknya di Balik Pulau dan menawarkan pengalaman bercuti yang menarik dekelilingi pokok-pokok hijau.
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
Tempat Percutian Menarik Di Malaysia
10 times mentioned • Abu Bakar • 26 September 2018

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia

Tempat Percutian Menarik di Malaysia. Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga.

Hanya 15 minit drive dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
Lastest Business